Friday, January 22, 2010

hari sukarelawan 2009

Pada 22,23,24 Disember 2009- Seramai sembilan orang wakil dari Kelab penyayang telah menyertai program Hari Sukarelawan 2009 anjuran Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bertempat di Glory Beach Resort, Port Dickson.

Kami bertolak pada pukul 10.00 pagi dari Universiti Utara Malaysia (UUM) dan tiba di sana pada pukul 6.30 petang.

Setelah selesai melakukan pendaftaran, kami diminta bersiap sedia bagi ceramah yang akan bermula pukul 8.00 malam. Ceramah tersebut disampaikan oleh dua orang penceramah, dan ianya berlandaskan mengenai kisah sebagai seorang sukarelawan. Apa yang paling menariknya mengenai ceramah ini ialah kisah pengalaman pahit manis menjadi sukarelawan, yang disampaikan oleh penceramah pertama yang juga merupakan seorang doktor. Beliau juga turut memaparkan video rakaman ketika beliau diserang oleh sekumpulan pengganas ketika beliau menjadi sukarelawan di Afghanistan. Ceramah tersebut diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada para penceramah. Pada hari kedua, kami diisi dengan slot pembentangan kertas kerja Hari Sukarelawan 2009. Kami dibahagikan kumpulan mengikut warna yang terdapat pada tag nama masing-masing. Pada pukul 5.00 petang pula, aktiviti yang dijalankan ialah sukaneka. Pukul 8.00 malam, setiap kumpulan diminta untuk membentangkan pandangan masing-masing yang diperoleh daripada slot pembentangan kerja kerja. Pada hari ketiga, kami menjalankan aktiviti bersama masyarakat sekitar Port Dickson, antara aktiviti yang dilakukan ialah menanam pokok dan member motivasi kepada pelajar-pelajar sekolah rendah serta membaik pulih sebuah rumah yang rosak. Hari Sukarelawan 2009 berakhir pada pukul 2 petang, setelah kami semua selesai daftar keluar dari Glory Beach Resort tersebut.

report oleh cik jie..=)

No comments: